Monday, February 7, 2011

Tingkatkan Potensi diri

Remaja sedih dibuli majikan


SAYA baru bekerja di sebuah syarikat swasta. Walaupun pada tahun lalu mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan ditawarkan melanjutkan pelajaran, saya mengambil keputusan untuk bekerja. Tujuan saya untuk berehat sekejap daripada belajar dan mencari pengalaman bekerja.

Bagaimanapun, saya sedih kerana selepas beberapa bulan bekerja, saya lihat banyak ketidakadilan berlaku. Contohnya saya selalu dibuli majikan dan rakan sekerja. Mungkin mereka lihat saya tidak mempunyai kelulusan tinggi dan kurang pengalaman. Mereka tidak tahu saya pasti tidak bekerja lama dan mempunyai cita-cita melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi hingga doktor falsafah.
Majikan selalu memarahi dan menganggap saya seperti kuli termasuk beberapa rakan sekerja, malah memandang hina kepada saya.

Walaupun saya masih muda, saya lihat ramai orang teraniaya dalam hidup. Orang


yang lebih kuat dan berkuasa pasti cuba menindas yang lemah dengan membuli
atau menghina. Ada kalanya, saya rasa dunia ini penuh dengan kekejaman dan ketidakadilan.


Sebelum ini, saya selalu fikir jika kita bersikap baik, orang pasti bersikap baik terhadap kita. Orang baik tidak dianiaya orang, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Orang baik selalu dianiaya. Ini sangat menyedihkan saya.

Jadi Mangsa
Kuala Lumpur



ANDAIAN kita sudah tentu mesti disayangi majikan atau rakan-rakan sekerja dan jika ini tidak berlaku, ia sesuatu yang tidak adil. Sementara beranggapan dunia adalah kejam satu pemikiran yang tidak rasional mengikut Ellis.

Sebagai seorang ahli psikologi, Ellis berpendapat, manusia sering mempunyai kepercayaan tidak rasional seperti “saya perlu menjadi insan terbaik dan jika ini tidak berlaku, saya adalah orang yang teruk” atau “saya mesti disayangi dan dapat segala apa yang diinginkan.”

Pandangan bahawa orang yang melakukan tingkah laku kejam perlu dihukum juga pemikiran tidak rasional. Tingkah laku buruk orang lain tidak menjadikan mereka individu yang teruk.

Ellis juga percaya penilaian diri yang berterusan boleh membawa kepada kemurungan dan juga penafian untuk berubah. Cara terbaik untuk menjaga kesihatan mental dengan berhenti daripada berterusan memberi penilaian kepada diri.

Dalam kes ini, adik sedih kerana berasakan kekurangan dari segi kelayakan
dan pengalaman. Sebenarnya, pekerja yang kurang pengalaman dan kelayakan akademik boleh melaksanakan tugas sebaik orang lain. Oleh itu, adik tidak perlu berasa sedih, sebalik�nya lebih baik memberi fokus kepada bagaimana mendapatkan persetujuan majikan untuk melakukan kerja adik.

Adalah lebih baik juga adik belajar untuk menyayangi majikan dan rakan sekerja daripada meminta untuk disayangi mereka. Tingkatkan ego dan beri tumpuan kepada sifat positif diri. Jangan terlalu menilai sifat negatif diri. Tukar pemikiran tidak �rasional kepada pemikiran yang sihat. Nikmatilah kehidupan.

Niat adik untuk sambung belajar ke peringkat tertinggi sangat baik. Dr doakan adik tidak tenggelam dengan kesedihan dan pemikiran yang tidak rasional hingga melupakan niat untuk menyambung pelajaran.

Berbekalkan keputusan SPM yang cemerlang, Dr yakin ia permulaan baik untuk kejayaan dalam pelajaran dan seterusnya kerjaya dalam hidup adik nanti. Semoga berjaya.

Kongsi artikel ini menerusi media sosial

No comments:

Post a Comment