Tuesday, March 8, 2011

Kereta Dihempap Pokok



Hujan lebat, 20 kenderaan rosak dihempap pokok


HANYA bumbung kereta Proton Saga milik seorang pemuda yang kelihatan selepas terperangkap dan tenggelam di dalam air yang bertakung di bawah jejambat LRT di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 7 Mac – Hujan lebat yang berterusan selama dua jam di ibu negara petang ini telah mengakibatkan kira-kira 20 buah kenderaan rosak akibat dihempap beberapa batang pokok selain beberapa tempat dinaiki air.

Dalam kejadian pukul 4 petang itu, semua kenderaan terbabit diletakkan di tempat letak kereta di Jalan Tun Razak, berhampiran bangunan Bank RHB.

Bagaimanapun tiada laporan kemalangan jiwa kerana ketika kejadian semua pemiliknya berada di luar kenderaan masing-masing.

Antara kenderaan terlibat termasuk Perodua Myvi, Perodua Alza, Toyota Camry, Toyota Vios, dan Ford Lynx.


PEMILIK kenderaan yang diletakkan di sebuah tapak meletakkan kenderaan di Jalan Tun Razak memeriksa kereta masing-masing selepas hujan lebat dan angin kencang yang menyebabkan beberapa pokok tumbang, semalam.

Sebanyak dua buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pudu telah dikejarkan ke tempat kejadian bagi melakukan operasi menyelamat.

Sementara itu, beberapa tempat termasuk di Jalan Chan Sow Lin berhampiran stesen transit aliran ringan (LRT) di sini dinaiki air.

Dalam kejadian itu, sebuah kereta jenis Proton Saga yang melalui jalan tersebut terperangkap dan ditenggelami hingga paras bumbung.

Pemandu kereta berusia 20-an itu bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri sejurus air memasuki kenderaannya.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

No comments:

Post a Comment