Wednesday, March 9, 2011

Tinggal Kunci Kereta dilarikan

Cuai tinggal kunci, dua kenderaan dilari pencuri

KUANTAN 8 Mac - Kecuaian dua pemilik kenderaan meninggalkan kunci di dalam kenderaan mengundang padah apabila kenderaan masing-masing dilarikan pencuri dalam dua kejadian berasingan di sini kelmarin.

Kejadian pertama berlaku di hadapan sebuah kedai serbaneka di Beserah, pukul 12.15 tengah hari.

Mangsa berusia 30-an meletakkan keretanya jenis Proton Persona di hadapan kedai tersebut tanpa mematikan enjin untuk membeli rokok.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Deputi Supritendan Kamaruzzaman Jaafar berkata, ketika keluar dari kedai, mangsa ternampak seorang lelaki berusia 20-an berlegar-legar di hadapan keretanya.

"Mangsa menghalau suspek itu sebelum pergi ke kedai sebelah dan terkejut apabila ternampak suspek memandu dan melarikan keretanya.

"Mangsa cuba mengejar suspek tetapi gagal dan hanya mampu melihat keretanya di larikan oleh suspek terlibat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Kamaruzzaman berkata, kira-kira 15 minit kemudian, seorang pemandu lori juga menerima nasib sama apabila lori yang diletakkan di hadapan surau di Balok di sini turut lesap.

Katanya, pemandu terbabit yang berusia 40-an, berhenti berehat di surau berkenaan kira-kira pukul 12.30 tengah hari sambil menunggu waktu solat zuhur.

Tambahnya, apa yang dikesalkan kunci lori terbabit turut ditinggalkan mangsa di dalam kenderaan sebelum pergi ke surau itu.

"Sejurus kemudian mangsa keluar lalu mendapati lorinya telah lesap," katanya.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

No comments:

Post a Comment