Tuesday, March 8, 2011

Ko Tunggu la Balasan di Akhirat Ok!

Sari kata hina Allah


GEORGETOWN: “Bagus kerana aku tidak mahu menjadi Allah ini bodoh, Focker,” itulah terjemahan sari kata yang terkandung cakera padat video digital (DVD) filem barat lakonan yang ditayangkan di pawagam, Disember tahun lalu.

Sari kata yang menghina nama Allah itu didedahkan Pertubuhan Kebangsaan Warisan Ketuanan Melayu (Pewaris) Pulau Pinang.
Pengerusi Pewaris negeri, Sabaruddin Ahmad berkata, berdasarkan aduan diterima, dia dan beberapa ahli jawatankuasanya membeli DVD itu bagi menentukan kesahihannya.

Dialog asal berbunyi ‘I don’t want to be a stupid godfather’ (saya tidak mahu menjadi bapa pembaptisan bodoh) namun menyedihkan apabila sari kata yang terkandung dalam filem berkenaan diubah menyebabkan maksudnya menjadi lain,” katanya.

No comments:

Post a Comment