Friday, March 4, 2011

Hidup semula


Pegawai mati ‘hidup semula’

BUKIT KATIL - Berita seorang pegawai imigresen yang ‘hidup semula’ selepas dikatakan meninggal dunia oleh seorang pegawai perubatan di sebuah hospital kerajaan di negeri ini, menggemparkan seluruh penduduk Kampung Pengkalan Badak, di sini, baru-baru ini.

Malah ia juga mendapat keluhan beberapa orang penggali kubur yang telah menggali kubur sebaik sahaja dimaklumkan mengenai berita itu oleh ahli keluarga.

Bukan itu sahaja, terdapat juga yang tidak mempercayai berita berkenaan dengan menganggap keluarga terbabit sengaja mengada-adakan cerita.

Namun, harapan tinggal harapan selepas doktor mengesahkan pegawai imigresen yang bertugas di Putrajaya itu meninggal dunia semula selepas seluruh anggota badan dan otaknya tidak lagi berfungsi dengan sebab kematian ‘severe sepsis secondary to cerebripis’ atau radang otak akibat jangkitan dalam darah.

Bapa pegawai terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Samad, 68, berkata, walaupun reda dengan pemergian anak kedua daripada empat orang adik beradik, namun dia kecewa terhadap seorang doktor pakar yang sebelum itu memberi harapan dengan mengatakan anaknya hidup.

Sa:mad mendakwa, seorang pakar bius memaklumkan anaknya mungkin tiada harapan dan perlu bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan, kira-kira jam 10 pagi pada Selasa lalu dan dia memaklumkan Tok Sidang serta penggali kubur mengenai perkara itu.

“Doktor kata, sehingga jam 3 atau 4 petang, jika tiada apa-apa :peruba�han, semua wayar akan dicabut tetapi sehingga saat itu masih tidak ada tindakan daripadanya.

“Kira-kira jam 7 lebih, sebelum Maghrib, seorang doktor pakar bahagian perubatan pula memaklumkan, anak saya masih hidup dan ketika itu bila diberitahu kepada orang kampung, ramai yang cakap saya mereka cerita,” katanya.

Bagaimanapun katanya, pada jam 9.15 malam, datang pula seorang doktor lain yang mengesahkan anak saya memang telah meninggal dunia.

Menurutnya, dia sekeluarga tidak berniat mahu membesar-besarkan cerita sedangkan mereka terima ketentuan Allah SWT kerana berkehendakkan semua itu terjadi namun tetap kecewa dengan pegawai perubatan ibarat ‘main tarik tali’.

Samad berkata, arwah adalah anak yang baik dan taat kepada ibu bapa walaupun sikapnya agak perahsia.

“Tiada perkara pelik dan saya sendiri tidak mengetahui jika dia menghidap sebarang penyakit, cuma minggu lalu dia ada menghubungi saya dan berkata dia sakit dan pergi ke rumah miliknya di Kajang, Selangor.

“Saya bawa arwah balik ke Melaka setelah arwah tidak merasa apa-apa lagi apabila saya memicit-micit anggota badan di bahagian kiri dan seluruh kepalanya,” katanya.

Samad berkata, dia ada juga berusaha mendapatkan rawatan kampung namun tetap tidak berhasil dan kemudian arwah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut sebelum ditahan wad pada 23 Februari lalu dan meninggal dunia pada 1 Mac.

No comments:

Post a Comment