Friday, March 18, 2011

Tumbuk Isteri Main Kayu Tiga

Lelaki tumbuk isteri, syak main kayu tiga

KOTA MARUDU 17 Mac - Polis menahan seorang lelaki kerana mencederakan isterinya di rumah mereka di Kampung Samparita dekat sini, baru-baru ini.

Tindakan lelaki berkenaan dikatakan berpunca daripada perasaan cemburu selepas mengesyaki isterinya itu bermain kayu tiga.

Suspek dilaporkan menumbuk serta mengacukan parang di leher isterinya yang berusia lingkungan 40-an setelah dia didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Mohd. Isa Yusof berkata, mangsa membuat laporan di balai polis di sini berhubung kejadian itu pada Ahad lalu.

"Wanita terbabit mendakwa dia ditumbuk di bahagian bahu dan paha kiri malah dia turut diacukan dengan parang pada lehernya.

"Akibat tidak tahan serta takut dengan tindakan suaminya itu, mangsa membuat laporan polis pada Ahad lalu.

"Suspek diberkas di pekan baru Kota Marudu dan ditahan reman selama empat hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Isa menasihatkan semua pasangan suami isteri agar tidak melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang sekiranya berlaku pertengkaran.

Katanya, pasangan suami isteri sepatutnya mengambil tindakan melalui saluran yang sedia ada dan bukannya bertindak di luar batasan undang-undang.

TAJUK-TAJUK BER

No comments:

Post a Comment