Friday, March 4, 2011

Kereta Lelong Tipu

Usah tertipu kereta lelong

BANDA HILIR - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Melaka menasihatkan orang ramai supaya jangan mudah tertipu sekiranya didatangi mana-mana pihak, kononnya ingin menjual kereta yang dirampas jabatan berkenaan.

Pengarahnya, Datuk Mohd Nasir Said berkata, jabatan berkenaan tidak akan menjual kereta rampasan melalui lelongan kerana ia dilakukan mengikut proses tender bersepadu.

Menurutnya, salah sebuah pejabat kastam di negara ini akan dipilih menjadi urus setia bagi mengendalikan proses tender berkenaan.

“Mana-mana individu yang mahu mengambil bahagian perlu membayar 10 peratus daripada harga tawaran menggunakan bank draf dan akan dipulangkan jika gagal dalam tender berkenaan.

“Nasihat saya, jangan terpedaya sekiranya sekiranya didatangi mana-mana pihak yang mendakwa boleh membantu mendapatkan kereta rampasan ini,” katanya kepada media di pejabat KDRM negeri, di sini, semalam.

Mohd Nasir berkata, beliau tidak menafikan wujudnya beberapa kes penipuan membabitkan modus operandi seumpama itu.

No comments:

Post a Comment