Saturday, March 5, 2011

Kad Bank Rakyat

Tak sangka dapat RM1,000
Oleh Johari Indan
am@hmetro.com.my

KOTA BELUD: Seorang balu tidak menyangka mendiang suami yang memiliki akaun kad kredit-i Bank Rakyat layak menerima khairat kematian RM1,000 serta menjadi pelanggan pertama menerima skim berkenaan daripada cawangan Bank Rakyat daerah ini.

Saimah Gibok, 50, dari Kampung Narinang tidak mengetahui kad kredit-i Bank Rakyat yang dimiliki suaminya sejak lebih setahun lalu memberi manfaat kepada keluarganya.


“Suami saya, Dumi Gumbaris meninggal dunia pada Mac lalu ketika berusia 56 tahun akibat barah, tetapi menyedari mendiang ada memiliki kad kredit-i Bank Rakyat.

“Bagaimanapun, saya tidak menyangka bank ini menyediakan skim khairat kematian kepada setiap pemegang kad kredit terbabit,” katanya ketika ditemui Harian Metro pada majlis ringkas di cawangan bank berkenaan, di sini, kelmarin.


Sumbangan itu disampaikan Pengurus Bank Rakyat Kota Belud, Aris Abdul Kadir dan turut dihadiri Ketua Unit Pembiayaannya, Muhd Hassanal Yusof.


Ketika ditemui, Gibok yang juga ibu kepada enam anak masing-masing empat lelaki dan dua perempuan berusia antara 19 dan 30 tahun tidak putus-putus berterima kasih keprihatinan bank berkenaan.


“Saya benar-benar tidak menduga menerima faedah daripada akaun kad kredit-i mendiang suami dan menggunakan faedah dan wang ini untuk kegunaan keluarga,” katanya.


Sementara itu, Aris berkata, balu itu adalah penerima pertama khairat kematian diberikan kepada pelanggan Bank Rakyat di daerah ini.


“Skim ini adalah antara keistimewaan kad kredit-i Bank Rakyat kepada pelanggan yang layak mengikut syarat ditetapkan.


“Keistimewaan lain kad ini adalah perlindungan takaful percuma bagi setiap pemegang kad, selain mata ganjaran diberikan setiap kali berbelanja RM10,” katanya.


Katanya, mata ganjaran itu boleh ditukarkan kepada wang tunai dan digabungkan bersama tabung umrah dan percutian.


“Pemegang kad kredit-i Bank Rakyat sememangnya menikmati pelbagai keistimewaan selaras slogan kad itu, ‘Pakai dapat duit, Bayar dapat duit, Mati tidak perlu bayar, Waris dapat duit’,” katanya.

Kongsi artikel ini menerusi media sosial

No comments:

Post a Comment