Monday, March 7, 2011

Jogging Boleh Sesat


Pelajar sesat berjoging selamat


ANGGOTA Bomba dan Penyelamat membersihkan luka di kepala, Khairul Isa selepas terjatuh dari bukit ketika memanjat di kawasan pelancongan Gua Kelam, di Kaki Bukit, Padang Besar, kelmarin.

PADANG BESAR 6 Mac - Seorang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang sesat sewaktu berjoging di Gua Kelam dekat sini ditemui dalam keadaan selamat tetapi keletihan semalam.

Mangsa, Khairul Isa, 26, berasal dari Bertam Ulu, Melaka, ditemui kira-kira pukul 7 malam oleh pasukan bomba sukarela Felcra Lubuk Sireh.

Gerakan mencari mangsa dilancarkan selepas mangsa membuat panggilan kecemasan pada pukul 3.30 petang hari sama.

Khairul dipercayai berjoging di kawasan tersebut kira-kira pukul 3 petang dan sewaktu memanjat bukit, seketul batu terjatuh menimpa kepalanya yang menyebabkan dia menggelongsor dan tersangkut di sebatang pokok sebelum pengsan.

Dipercayai, sebaik sahaja terjaga daripada pengsan, pelajar berkenaan yang mendapati dia tersesat daripada laluannya terus menghubungi talian kecemasan untuk meminta bantuan.

Pasukan penyelamat berjaya menjejak mangsa menggunakan laluan digunakannya pukul 4.30 petang. Mangsa yang ditemui tersangkut di atas pokok terpaksa dibawa keluar menggunakan tali.

Khairul yang mengalami kecederaan di kepala, lengan dan bahu kemudian diberi rawatan kecemasan oleh pihak perubatan bomba.

Ketua Balai Bomba Padang Besar, Halil Hassan mengesahkan kejadian tersebut.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

No comments:

Post a Comment