Tuesday, March 29, 2011

Tegur Bapa , Mati Ditikam

Tegur bapa berbogel, anak mati ditikam

KUALA LUMPUR 28 Mac - Hanya kerana menegur bapanya supaya tidak berbogel ketika dipercayai sedang mabuk, seorang pemuda maut ditikam lelaki itu di rumah mereka di Sungai Emas, Banting, dekat sini, semalam.

Mangsa, Razak Kumar, 20-an, maut selepas ditikam di dada di hadapan ibunya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, kejadian berlaku pada pukul 8.30 malam selepas bapanya, 40-an, pulang ke rumah dipercayai dalam keadaan mabuk.

"Suspek yang tidak bekerja dikatakan telah berbogel semasa berada di dalam rumah sebelum ditegur oleh mangsa.

"Akibat teguran itu berlaku pertengkaran antara dua beranak tersebut. Suspek yang berang telah menikam dada mangsa," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang di sini, hari ini.

Tambahnya, suspek kemudian melarikan diri dan meninggalkan anaknya yang sedang mengerang kesakitan sebelum mangsa menghembuskan nafas terakhir.

Mohd. Adnan memberitahu, suspek bagaimanapun berjaya ditahan polis di sebuah stesen minyak di Teluk Panglima Garang pada pukul 11 pagi ini.

Jelasnya, suspek ketika ini ditahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

No comments:

Post a Comment