Tuesday, January 18, 2011

Cara Bahagiakan Wanita

Wanita akan berasa bahagia jika difahami


Wanita akan berasa bahagia jika difahami. Tapi lelaki susah hendak diberitahu soal ini jadi cuba tunjukkan lima tip di bawah kepadanya. Mudah-mudahan selepas itu dia akan lebih menghargai anda.



1) Lahirkan pujian sekali sekala

Wanita sangat bangga jika dipuji lelaki dan tambah terharu jika lelaki itu adalah suami atau orang yang disayanginya. Jadi lelaki, selalulah memuji wanita apabila dia berhak mendapatnya. Satu perkara yang perlu anda tahu, wanita mudah perasan jika pujian yang diberikan ada udang di sebalik batu atau kerana anda mahukan sesuatu.



2) Jangan sesekali mengkritik soal potongan badan

Persoalan tentang badannya antara perkara paling banyak difikirkan wanita setiap hari jadi tidak perlulah anda yang lelaki mahu mengingatkannya. Kalau rasa-rasa mahu si dia melakukan sesuatu untuk mengembalikan bentuk badannya lakukan secara halus seperti menghadiahkannya kelas tarian, mengajak berbasikal, berjalan menyusuri pantai dan sebagainya.



3) Apabila isteri baru melahirkan anak

Fahami bahawa wanita sedang melalui fasa baru dalam hidup. Katakan padanya dia tetap cantik dan berterima kasih kerana melahirkan buah cinta anda berdua. Jangan memaksa hubungan kelamin dan sekali sekala aturkan masa peribadi berdua. Masa peribadi yang dimaksudkan di sini bukan dalam bilik tidur semata-mata tapi ajaklah isteri keluar makan, menonton wayang dan sebagainya seperti sebelum mempunyai anak. Pastikan anak dijaga orang yang boleh dipercayai ketika ini jadi masa kualiti anda berdua tidak terganggu dengan kerisauan.



4) Jangan melayan drama

Kadangkala wanita berfikir terlalu berselirat hingga membayangkan sesuatu yang bukan-bukan. (Mereka gemar menyalahkan hormon apabila ini berlaku). Dalam situasi seperti ini anda harus relak dan tidak melayan perasaannya. Terus bersikap cool dan wanita akan mula tersedar dia yang berfikir bukan-bukan.



5) Pupuk kepercayaan

Sejauh mana keseriusan seseorang kadangkala terlihat daripada perancangan yang disuarakan. Ketika mula-mula bertemu seorang wanita dan anda rasa jatuh hati, sebutlah soal pertemuan seterusnya. Kemudian sesudah lama bersama, bercakaplah tentang bila anda mahu bertemu bakal mentua dan bawa hubungan ke peringkat seterusnya. Selain itu jangan lakukan perkara yang boleh menghancurkan percaya wanita – jangan sesekali ‘tertangkap’ menipu.
Jawatan Kosong

No comments:

Post a Comment