Saturday, January 15, 2011

Kedai Mamak

SEBAB UTUSAN DITUDUH RASIS

KENAPA Utusan Malaysia (UM) kerap kali dituduh akhbar yang rasis dan menyebabkan perpecahan kaum dan sebagainya? Ini kerana UM adalah satu-satunya akhbar yang berani menyuarakan perkara yang benar dan tidak gentar dengan ugutan mana-mana pihak.

UM dilihat sebagai alat yang paling hebat mendedahkan kelemahan dan kepincangan golongan tertentu. Justeru, usaha mesti dilakukan oleh golongan tersebut melalui pelbagai cara supaya UM ditamatkan atau sekurang-kurangnya dilemahkan. Hasil daripada itu, segala kepincangan serta kelemahan mereka dapat dihindari daripada pengetahuan rakyat dan dengan yang demikian, sokongan akan berterusan.

Cuba kita renung dan fikirkan apakah akhbar-akhbar propembangkang lain yang terdiri daripada pelbagai aliran bahasa tidak menulis tentang keburukan kerajaan? Menulis hanya kebaikan parti sokongan mereka sahaja? Jawapannya sudah tentu tidak, malah ia lebih teruk lagi berbanding dengan laporan UM.

Oleh itu, saya menyeru supaya marilah sama- sama kita menyokong UM sepenuhnya dengan membaca utusan online dan membeli akhbar UM kerana UM adalah suara kita. Cuba kita bayangkan jika UM tidak mahu lagi menulis seperti ini pada masa hadapan, apakah kita boleh berbangga dengan ketuanan kita di muka bumi sendiri?

PAKSU

Sepang, Selangor

No comments:

Post a Comment