Thursday, January 13, 2011

Mulanya mau pastu repot

Padah akibat rogol teman wanita

Oleh YUSRI SAHAT
utusanpahang@utusan.com.my
KUANTAN 12 Jan. - Gara-gara gagal mengawal nafsu selepas menyelinap masuk ke rumah kekasihnya yang berusia 14 tahun, seorang pekerja kedai dobi menerima padah apabila dihukum penjara lima tahun dan sebatan sekali kerana merogol remaja tersebut.

Mohammad Fauzan Mohd. Sharif, 18, dijatuhi hukuman tersebut oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas dia mengaku bersalah atas tuduhan berkenaan.

Hakim Noradidah Ahmad memerintahkan hukuman penjara itu berkuat kuasa mulai tarikh hukuman tersebut dijatuhkan.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di dalam bilik sebuah rumah di Kampung Permatang Badak di sini, kira-kira pukul 2.15 pagi, 9 September tahun lalu.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Law Chin Haw mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan.

Pada 22 September tahun lalu, Mohammad Fauzan mengaku tidak bersalah ketika pertama kali didakwa di mahkamah tetapi menukar pengakuan kepada bersalah sewaktu dihadapkan ke mahkamah, semalam.

Berdasarkan fakta kes, sebelum kejadian tertuduh telah mengirim khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada teman wanitanya itu memaklumkan dia akan datang ke rumah mangsa pada awal pagi hari kejadian.

Tertuduh masuk ke rumah mangsa kira-kira pukul 2.15 pagi melalui pintu belakang yang dibuka teman wanitanya itu sebelum dibawa ke bilik remaja perempuan terbabit.

Pasangan kekasih itu sempat tidur bersama selepas kejadian tersebut tetapi tertuduh kemudian ditahan polis sembilan hari kemudian berikutan laporan polis yang dibuat oleh mangsa.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

No comments:

Post a Comment