Monday, January 17, 2011

Sesat


Anak siapa ini?


KUALA LUMPUR 16 Jan. - Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun ditemui dalam keadaan lemah, berlegar-legar seorang diri di sekitar kawasan Taman Alam Damai, Cheras, di sini malam ini.

Kanak-kanak itu memperkenalkan dirinya dengan nama Siti Aishah berbaju T dan berseluar sukan ditemui seorang wanita berusia dalam lingkungan 40-an pada kira-kira pukul 9 malam.

Wanita terbabit yang bimbang dengan keselamatan kanak-kanak itu kemudian membawanya ke Balai Polis Damai Perdana.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kajang, Supritendan Azman Ayob berkata, pemeriksaan awal doktor mendapati tiada kecederaan fizikal pada anggota badan Siti Aishah.

"Dia ditemui dalam keadaan comot, sangat lemah, keliru dan mendakwa berjalan kaki dari Sungai Besi ke Cheras.

"Setakat ini tiada laporan orang hilang dilaporkan di kawasan Cheras dan Sungai Besi. Sehubungan itu, sekiranya orang ramai mengenali kanak-kanak ini diharap segera menghubungi balai polis di talian 03-91056222," katanya lagi.

Dalam pada itu, Siti Aishah memberitahu, dia bersekolah tahun tiga di Sungai Besi Indah serta mendakwa tidak mengikut sesiapa.

"Saya ada seorang abang dan seorang adik lelaki," katanya lagi.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

No comments:

Post a Comment