Friday, January 14, 2011

Jom bertumbuk


Warga Indonesia cabar penguat kuasa bertumbuk

SEA PARK – Seorang pendatang asing tanpa izin (Pati) warga Indonesia mencabar penguat kuasa MBPJ untuk bertumbuk dalam cubaannya mahu mengelakkan dari dicekup.

Insiden berlaku dalam operasi bersepadu oleh sepasukan Penguat kuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Pegawai Imigresen Putrajaya di pasar pagi SS2 dekat sini.

Terdahulu warga Indonesia berusia 30 tahun itu cuba melarikan diri sejauh lebih 200 meter namun tiba di satu lorong belakang deretan rumah kedai dekat sini dia berjaya dipintas anggota yang mengejarnya.

Pengarah Penguat kuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Fauzi Maarop berkata, operasi tersebut diadakan bagi mengesan penjaja tanpa lesen dan peniaga bukan warga negara di sekitar Pasar Besar Jalan Othman dan SS2.

“Tujuan utama kita adalah untuk membersihkan penjaja tidak berlesen di kedua-dua buah pasar yang menjadi tumpuan penduduk Petaling Jaya,” katanya ketika ditemui ketika operasi itu semalam.

Pemeriksaan lanjut mendapati ada di antara warga asing yang bekerja di situ menunjukkan kad pelajar untuk meraih simpati untuk dilepaskan.

Seramai 55 warga asing ditahan dan diperiksa bagi mengesahkan sama ada mereka masuk secara sah ataupun tidak ke negara ini.

“Pemeriksaan lanjut mendapati 21 daripada yang ditahan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah,”katanya.

Mereka adalah terdiri Nepal (1), Bangladesh (10), India (2) dan Indonesia (8).

Kesemua yang ditahan dibawa ke Pejabat Imigresen Putrajaya untuk siasatan lanjut.

No comments:

Post a Comment