Thursday, November 4, 2010

Karut Marut

Henti siarkan kisah tahyul, khurafat

Saya merayu semua media cetak dan elektronik marilah sama-sama menyiarkan berita-berita yang berilmu serta maklumat yang boleh diguna pakai dan bermakna kepada khalayak.

Hentikanlah daripada menyiarkan kisah-kisah tahyul dan khurafat. Saya ingin memberi contoh bahawa sebenarnya kisah Siti Balqis Mohd. Nor yang dikatakan ghaib dan hilang itu tidak perlu disiarkan dari awal lagi.

Bagi kes Siti Balqis ini saya mencadangkan beliau dirujuk kepada pakar psikiatri. Di samping itu saya berharap sangatlah agar semua ustaz-ustaz jika betul mereka ustaz yang telah membantu merawat dan menangkap jin yang mengganggu Siti Balqis, kembalilah semula kepada ilmu yang Allah anugerahkan.

Janganlah lagi mengambil kesempatan ke atas masyarakat yang kurang ilmu agama dengan kisah-kisah jin dan hantu.

Sebarkanlah ilmu yang betul kepada masyarakat bangsa kita. Janganlah membawa masyarakat dan bangsa kita mundur ke belakang.

Pelayar Datuk Azhar Mansur sihat walafiat mendarat di jeti Porto Malai, Langkawi setelah enam bulan belayar seorang diri di lautan yang luas terbentang dan tidak diganggu oleh walau seekor pun jin dan hantu.

Ayuh kita menuju ke negara Malaysia maju tahun 2020.

ABANG ZAB

Putrajaya

No comments:

Post a Comment