Saturday, November 6, 2010

DiLarikan



Jumaat November 5, 2010
Ibu Mohon Bantuan Cari Anak Perempuan

Shahara Fujie Mohd Nasir. - Foto BERNAMA
MELAKA: Seorang ibu memohon bantuan daripada pelbagai pihak untuk mencari anak perempuannya Shahara Fujie Mohd Nasir, 16, yang dipercayai dilarikan seorang pemuda yang berasal dari Indonesia.

Sharifah Mohamed, 36, berkata beliau mendapati anaknya hilang setelah keluar dari rumahnya di Kampung Tehel, Bemban, Jasin, pada pukul 5 petang 25 Oktober lepas dengan menaiki sebuah motosikal.

"Saya diberitahu kawan anak saya yang dia (Shahara Fujie) ada berkawandengan seorang lelaki Indonesia, tetapi hati saya masih kata anak saya masih berada di negara ini, tetapi saya takut anak saya dibawa lari lelaki itu ke Indonesia," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Sharifah membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya itu pada pukul10.50 pagi 26 Oktober lepas di Balai Polis Jasin.

Beliau berkata setelah mendapati anaknya tidak pulang ke rumah pada pukul6.30 petang 25 Oktober itu, beliau terus pergi ke rumah seorang kawan anaknya untuk mencarinya dan dalam perjalanan beliau menjumpai motosikal yang digunakan anaknya itu diletakkan di tepi jalan.

Katanya anak sulung daripada empat adik beradik itu kali terakhir dilihatberpakaian baju T berwarna hijau dan seluar sukan berwarna hitam,mempunyai ketinggian 155cm, berat 54kg dan rambut ikal paras bahu.


Sharifah Mohamed menceritakan kejadian kehilangan anaknya Shahara Fujie Mohd Nasir kepada pemberita, diperhatikan oleh suaminya, Mohd Nasir Ahmad.
Sementara itu, Ketua Penyelia Pembela Barisan Nasional Melaka, Amir Hamzahberkata pihaknya telah melakukan pelbagai cara untuk membantu Sharifah dansetakat semalam, tiada rekod menunjukkan Shahara Fujie keluar dari negara ini secara sah.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat PolisDaerah Jasin di talian 06-5292222 atau Balai Polis Jasin 06-5291224. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment