Tuesday, November 9, 2010

Patut Kena Potong Tangan

Mengaku ketagih mencuri


KUALA LUMPUR: “Saya ada wang, tapi saya tak boleh kawal diri,” kata seorang wanita ketika memberikan alasan itu dalam rayuan supaya hukuman terhadapnya diringankan di Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Lee Siew Lee, 32, yang mengaku mempunyai tabiat suka mencuri itu dihukum lima hari penjara dan denda RM2,000 atas tuduhan mencuri dua produk kesihatan bernilai RM178.80 di sebuah farmasi, minggu lalu.


Majistret Hafizza Sauni menjatuhkan hukuman itu selepas Lee mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.

Beliau memerintahkan hukuman penjara itu berjalan dari tarikh penganggur itu ditangkap iaitu pada 4 November lalu dan sekiranya gagal menjelaskan denda, hukuman tambahan enam bulan penjara boleh dikenakan.


Lee kelihatan muram dan menangis ketika mendengar keputusan itu.


Dia yang mengaku bekas penagih dadah didakwa mencuri sebotol minyak ikan jenis Kordel’s Wild Alaskan Salmon Oil (1000 mg) dan sebotol XPERTISE Tummy Tight di farmasi Watson’s Sungai Wang Plaza, Jalan Sultan Ismail di sini, jam 7.10 malam, 4 November lalu.


Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

No comments:

Post a Comment