Monday, November 15, 2010

Cari Kerja


11,748 dapat kerja melalui JobsMalaysia

Oleh OPAT RATTANACHOT
uspetani@utusan.com.my

SEBAHAGIAN daripada pencari kerja mendaftar diri untuk menghadiri temu duga sempena Program Penempatan Pekerjaan di Sungai Petani, baru-baru ini.

SUNGAI PETANI 14 Nov. - Seramai 11,748 pencari kerja di Kedah yang berdaftar dengan Pejabat Tenaga Kerja atau JobsMalaysia berjaya ditawarkan dalam pasaran kerja dalam tempoh Januari hingga Oktober tahun ini.

Pengarah Tenaga Kerja negeri, Mohd. Nizar Zakaria berkata, statistik yang dicatatkan tersebut dianggap memberangsangkan kerana melebihi sasaran yang ditetapkan pihaknya sebelum ini iaitu hanya 2,646 orang dalam tempoh setahun.

Katanya, angka berkenaan juga disifatkan positif kerana boleh membantu mencapai sasaran yang diletakkan kerajaan iaitu 100,000 orang mendapat pekerjaan dalam tempoh setahun melalui perkhidmatan JobsMalaysia.

"Di Kedah, kita sudah melebihi sasaran kerana setakat Januari hingga Oktober tahun ini, seramai 11,748 pencari kerja berdaftar, berjaya.

"Kejayaan yang dicatatkan tersebut disumbangkan oleh kekerapan Pejabat Tenaga Kerja mengadakan program penempatan pekerjaan di hampir semua daerah termasuk di kawasan pedalaman," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Penempatan Pekerjaan peringkat daerah Kuala Muda di Pejabat Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Sungai Petani di sini, baru-baru ini.

Lebih 5,000 pencari kerja hadir pada program berkenaan yang turut menawarkan sesi temu duga terbuka daripada pelbagai sektor seperti perkilangan, pelancongan dan perkhidmatan.

Mohd. Nizar berkata, Pejabat Tenaga Kerja negeri kini menggiatkan usaha untuk meningkatkan pendapatan di kalangan suri rumah dan ibu tunggal melalui program pekerjaan sampingan.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

No comments:

Post a Comment