Monday, November 15, 2010

MB Pun Naik Angin

Sikap MB Kedah tidak gambarkan kematangan pemimpin

KITA telah mendengar dan membaca berita mengenai Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, 'naik angin'. Ini berikutan daripada soalan-soalan yang ditanya oleh para pemberita mengenai langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan negeri bagi membantu mangsa-mangsa banjir di negeri Kedah.

Saya sendiri menyaksikan melalui televisyen bahawa menteri besar tersebut benar-benar 'melenting' dengan para pemberita dan secara kurang sopan terus meninggalkan sidang akhbar apabila diajukan soalan-soalan sedemikian.

Saya ingin bertanya apakah peranan kerajaan, khususnya kerajaan negeri, apabila berlaku bencana alam seperti ini? Saya sendiri sebagai bekas seorang pegawai daerah pernah menghadapi bencana alam seperti ini.

Seharusnya jentera-jentera kerajaan yang terdekat dengan rakyat menggembeling usaha membantu bagi meringankan beban rakyat yang mengalami kesusahan. Saya tidak menafikan mungkin Kerajaan Pas Kedah ada berbuat sesuatu tetapi mengapa menteri besar harus melenting dan bersikap demikian dengan pemberita?

Sekurang-kurangnya Menteri Besar Kedah boleh menggunakan forum tersebut bagi memperbetulkan salah faham jika beliau beranggapan telah berlaku salah faham oleh mana-mana pihak.

Tetapi dengan menunjukkan sikap berang dan naik angin ia tidak menggambarkan kematangan seorang pemimpin dan saya pasti ini bukanlah cara yang diunjurkan oleh agama Islam.

ABU BAKAR ABDUL HAMID

Shah Alam, Selangor.

No comments:

Post a Comment