Wednesday, November 10, 2010

Menantu Hantu Bunuh Mentua

Mertua maut dibelasah menantu

KULAIJAYA 9 Nov. - Hanya kerana perselisihan faham, seorang pemuda sanggup menikam bapa mertuanya sehingga parah di rumahnya di Jalan Bendahara 3, Bandar Tenggara, di sini semalam.

Armen Suardi, 52, dipercayai diserang menggunakan objek tajam dipercayai pisau pukul 2.40 petang sehingga cedera parah di dada dan kepala.

Armen yang berlumuran darah kemudian membuat laporan di balai polis berdekatan sebelum mendapatkan rawatan di Pusat Kesihatan Bandar Tenggara.

Ketua Polis Kota Tinggi, Suprintendan Osman Muhammad Sebot berkata, keadaan mangsa yang bertambah serius dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah pada petang sama.

"Dia bagaimanapun meninggal dunia pukul 5.20 pagi ini di hospital itu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati berlaku perselisihan faham antara mangsa dan suspek yang merupakan seorang penganggur sebelum kejadian.

Katanya, sebaik sahaja menerima laporan, suspek yang berusia 23 tahun dan berasal dari Kampung Lubuk Pengkalan Batu, Mersing melarikan diri ke Mersing.

"Bagaimanapun dia berjaya ditahan pada waktu malam hari kejadian di rumah keluarganya di kampung tersebut.

"Dia seterusnya diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi untuk membantu siasatan.

"Suspek direman selama seminggu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

No comments:

Post a Comment