Saturday, November 6, 2010

Kecewa

KECEWA KHIDMAT WAKIL RAKYAT

PENDUDUK Kampung Anak Bukit merasa amat terkilan dengan layanan yang diberi oleh wakil rakyat, penghulu kampung dan badan-badan berkuasa lain yang terlibat.

Wakil rakyat yang sepatutnya turun padang menjalankan kewajipan dalam menyampaikan bantuan pada waktu bencana gagal menjalankan tugas.

Sepatutnya, dalam keadaan inilah, wakil rakyat menemui penduduk untuk bertanya khabar kesusahan-kesusahan yang dialami oleh penduduk ketika banjir.

Selain itu, kegagalan kerajaan negeri menyalurkan air bersih untuk keperluan asas harian rakyat juga boleh mengganggu kesihatan. Persoalannya, apakah peranan sebenar yang wajar diambil oleh wakil rakyat? Adakah mereka hanya ada masa untuk turun padang dari rumah ke rumah semasa kempen-kempen pilihan raya dijalankan?

Memburukkan lagi keadaan apabila penghulu yang tidak langsung menjalankan tanggungjawab sebagai ketua kampung sama ada sebelum atau sehingga berlaku banjir. Penghulu di kampung ini juga seringkali tidak kelihatan di pejabatnya.

Malah, lebih teruk penghulu ini juga gagal mengoperasikan pejabatnya dalam keadaan kecemasan untuk membantu mangsa-mangsa banjir yang memerlukan bantuan walaupun pejabatnya terletak di kawasan yang tidak berlaku banjir.

Persoalannya, apakah penghulu jenis ini masih lagi layak bekerja sebagai ketua kampung oleh kerana kegagalannya menjalankan tanggungjawab kepada penduduk?

Syed Ahmad Fitri

Batu 4, Anak Bukit

No comments:

Post a Comment