Artikel ini hanyalah copy and paste dari website akhbar tempatan ataupun dari website individu. Semua kisah misteri, luar biasa , lucu dari dalam dan luar negeri akan dikumpulkan dalam blog ni. Harap anda terhibur dari segala macam ragam manusia.
Friday, November 5, 2010
Mahu Jalan Tar
Minta jalan ke kubur diturap dengan tar
JALAN sepanjang 500 meter yang menghubungkan sebuah kampung ke tanah perkuburan di Kuala Triang, Bera.
Saudara pengarang,
KAMI penduduk di sebuah kampung di Kuala Triang, Bera, memohon jasa baik pihak berkuasa termasuk wakil rakyat memberi perhatian terhadap sebatang jalan yang perlu dinaik taraf demi keselesaan penduduk.
Jalan sepanjang 500 meter yang menghubungkan kampung kami ke tanah perkuburan perlu diturap dengan tar kerana ia tidak sesuai digunakan terutama pada musim hujan.
Jalan itu menjadi becak dan lumpur setiap kali musim hujan selain kedudukan tanah perkuburan yang berada di kawasan rendah dan boleh menyebabkan air bertakung.
Kawasan itu merupakan jalan ladang tetapi kami telah memohon Bahagian Pembangunan Luar Bandar (PLB) supaya dapat menaik taraf jalan itu untuk memudahkan kenderaan membawa jenazah ke tanah perkuburan.
Ketika ini, jalan tersebut tidak bertar tetapi diletakkan batu kerikil bagi memudahkan kenderaan keluar masuk ke situ.
Sebagai contoh, sekiranya sebuah kenderaan melalui jalan itu ia tidak menjejaskan struktur jalan tersebut. Tetapi jika 10 kenderaan menggunakannya, sudah tentu ada yang tersangkut kerana lumpur.
Keperluan meminta jalan itu dinaik taraf dibuat memandangkan antara November dan Disember ini sudah tentu musim hujan berlaku di pantai timur dan kawasan di sini juga turut mengalami keadaan sama.
Jika masalah ini dapat diselesaikan, ia menjadi berita gembira kepada penduduk yang selama ini menunggu jalan tersebut dibaiki segera.
Oleh itu, kami penduduk kampung berharap ada pihak yang prihatin tampil membantu mendapatkan peruntukan segera untuk membaik pulih keadaan jalan tersebut.
ATIE PRIHATIN, Bera
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment