Tuntut telefon hingga diperkosa
Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad
MELAKA: Seorang operator pengeluaran kilang di Malim, dekat sini, mendakwa dirogol seorang buruh binaan warga Indonesia tidak dikenali ketika datang ke rumah suspek Rabu lalu untuk mengambil semula telefon bimbitnya yang dilarikan lelaki itu.
Suspek dikenali sebagai Andreyan itu dipercayai merogol mangsa hanya kerana cemburu apabila terlihat wanita senegaranya itu berbual dengan lelaki warga Myamnar yang juga rakan sekerja mangsa dua hari sebelum itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata mangsa terserempak semula dengan suspek berusia 32 tahun itu sehari kemudian dan meminta telefon bimbitnya dipulangkan.
Beliau berkata, suspek mengajak mangsa berusia 24 tahun itu pergi ke rumahnya di Malim, kononnya bagi mengambil telefon itu.
“Namun, mangsa terpaksa pulang hampa apabila suspek yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak tidak memulangkan telefon bimbitnya seperti dijanjikan.
“Bagaimanapun Rabu lalu, mangsa membuat laporan polis mendakwa dirogol lelaki itu ketika datang sekali lagi ke rumah suspek di Malim untuk mendapatkan telefon bimbitnya.
“Dalam laporannya, mangsa mendakwa dirogol suspek pada jam 1 tengah hari,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, Bukit Beruang, dekat sini, kelmarin.
Mohd Adnan berkata, ketika mangsa diperkosa, isteri suspek tiada di rumah dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
“Polis memburu suspek yang berasal dari Bangkalan, Indonesia dan meminta orang ramai yang mengetahui atau mempunyai maklumat mengenai suspek supaya membantu siasatan,” katanya.
Orang ramai boleh menghubungi Asisten Superintendan Nor Zarini Ariffin di talian 019-7731273 atau Inspektor Norehan Omar (010-9069307). Alamat terakhir suspek ialah No 3-10 Pangsapuri Dahlia Blok 2 Jalan Zahir 6 Taman Malim Jaya
Kongsi artikel ini menerusi media sosial
Kongsi Artikel | Facebook MySpace Google Twitter
No comments:
Post a Comment