Mana surat kami...?
SAYA mewakili penduduk Kampung Kejai di 09300, Kuala Ketil Kedah ingin melahirkan rasa tidak berpuas hati dengan mutu perkhidmatan yang ditunjukkan oleh Pos Malaysia Kuala Ketil.
Terlalu kerap surat-surat yang dihantar ke sini tidak sampai kepada penerima. Jika ia hanya sekadar kad raya, mungkin penduduk masih boleh bertolak-ansur. Tapi bagaimana jika ia melibatkan dokumen penting? Contohnya polisi insurans, surat dari badan kerajaan, surat tawaran IPT dan lain-lain dokumen penting.
Posmen dilihat mengambil jalan mudah. Tidak berusaha untuk benar-benar mencari alamat tertera. Keadaan ini sangat menyukarkan penduduk. Diharap selepas ini posmen akan lebih bertimbang rasa dan bertanggung jawab.
LAN OLENT
Kg Kejai, Kuala Ketil
No comments:
Post a Comment