TEMPATKAN MANGSA BENCANA DI HOTEL
SAYA ingin mencadangkan supaya mangsa banjir di Malaysia mahupun mangsa sebarang jenis bencana alam ditempatkan di mana-mana hotel ataupun tempat yang lebih selesa terutamanya bagi yang telah berkeluarga.
Ini kerana penempatan yang ada sekarang tidak memuaskan, sesak dan mendatangkan pandangan tidak selesa di kalangan masyarakat Malaysia mahupun dunia yang mengikuti perkembangan mereka.
Jika mereka ini ditempatkan di hotel atau ‘taman perumahan bencana’ maka ini akan dapat menaikkan imej Malaysia di mata dunia luar dan sekali gus menaikkan imej serta menjaga prestij warga Malaysia. Selain itu juga, kebajikan warga Malaysia nampak dijaga pada tahap tertinggi oleh kerajaan yang memimpin dan ini dapat menjaga nama baik kita bersama.
JAUH TAPI DEKAT
Mukah
No comments:
Post a Comment