Artikel ini hanyalah copy and paste dari website akhbar tempatan ataupun dari website individu. Semua kisah misteri, luar biasa , lucu dari dalam dan luar negeri akan dikumpulkan dalam blog ni. Harap anda terhibur dari segala macam ragam manusia.
Friday, November 5, 2010
Plaster Luka Dalam Gula-Gula
Nyaris tertelan plaster luka dalam asam bergula
SEORANG rakan Aziz Hamid, Fauzi Ismail memegang plaster luka yang menyerupai asam jawa bergula di Kuantan, semalam.
KUANTAN 4 Nov. - Seorang penjawat awam nyaris tertelan plaster luka yang menyerupai asam jawa bergula yang dibelinya di Pasar Payang, Terengganu, Sabtu lalu.
Dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa, Aziz Hamid, 58, telah mengeluarkan bekas asam jawa bergula untuk dinikmati bersama rakan-rakan sepejabat.
"Ketika sedang rancak berbual sambil menikmati makanan itu, tiba-tiba saya ternampak ketulan asam jawa yang agak pelik di dalam bekas tersebut dan apabila diamati betul-betul, objek itu adalah plaster luka," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Menurutnya, dia kemudian menunjukkan benda tersebut kepada rakan-rakan sepejabat dan mereka semua tergamam.
"Saya kemudian meminta rakan melihat dengan teliti objek yang terdapat dalam bekas itu dan sah ia plaster luka yang telah digumpal.
"Salah seorang rakan saya hampir termuntah kerana kami semua makan asam jawa bergula yang bercampur dengan plaster luka itu," katanya.
Menurut Aziz, dia bernasib baik kerana belum sempat tertelan plaster luka tersebut.
"Memang menjijikkan dan meloyakan tekak, saya serik untuk makan asam jawa bergula itu lagi," katanya.
Tambahnya, semua pengusaha makanan seharusnya lebih berhati-hati dalam penyediaan makanan kerana kecuaian itu boleh menyebabkan orang lain menerima akibat buruk.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment