Tuesday, January 4, 2011

Nak Kencing Keluar Anak

Remaja wanita mengaku buang bayi dalam tangki air tandas

SAMARAHAN 3 Jan. - Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun ditahan pagi ini selepas dipercayai mempunyai kaitan dengan kes penemuan mayat seorang bayi perempuan di dalam tangki tandas awam di Hospital Serian, dekat sini pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Supritendan Jamali Umi berkata, remaja itu yang masih dalam keadaan lemah ditahan di rumahnya di sebuah kampung di Serian pada pukul 10.30 pagi.

Menurutnya, siasatan awal polis mendapati remaja terbabit mengaku telah membuang dan menyembunyikan mayat bayi berkenaan ke dalam tangki air tandas selepas diselubungi perasaan takut dan cemas.

"Sebelum kejadian, remaja itu yang telah berkahwin dengan seorang pemuda berusia 22 tahun, telah mengadu sakit perut lalu dihantar oleh keluarganya ke Hospital Serian pada 27 Disember lalu.

"Bagaimanapun, sebelum suspek masuk ke wad kecemasan, dia terlebih dahulu masuk ke tandas awam wanita dan sewaktu dia membuang air kecil, tiba-tiba bayi tersebut turut terkeluar bersama tali pusat dalam keadaan nyawa-nyawa ikan menyebabkan remaja itu cemas lalu membuangnya dalam tangki air di tandas itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Difahamkan, remaja tersebut yang berhenti sekolah ketika berada di tingkatan tiga dan tidak tahu yang dia telah mengandung selepas berkahwin dengan seorang buruh kasar pada Julai tahun ini.

Dalam pada itu, Jamali memberitahu, selepas selesai membersihkan darah, remaja terbabit keluar dari tandas dan memaklumkan kepada keluarganya bahawa dia tidak lagi mengalami sakit perut lalu pulang semula ke rumah.

Pada 1 Januari lalu, seorang pencuci tandas telah menemui mayat seorang bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan di dalam tangki tandas awam di Hospital Serian.

Bayi perempuan yang cukup sifat seberat satu kilogram dan masih bertali pusat itu ditemui pada pukul 5.10 petang.

Sehubungan itu, Jamali memberitahu, polis akan mendapatkan perintah reman antara tiga hingga lima hari ke atas remaja terbabit yang ketika ini sedang ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian.

"Polis juga akan mendapat sampel darah daripada suami remaja tersebut untuk menjalani ujian darah dan asid deoksiribonukleik (DNA) bagi memastikan sama ada bayi tersebut anak kandungnya atau tidak, meskipun dia telah membuat pengakuan.

"Kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan cuba membuang bayi. Jika sabit kesalahan boleh dikenakan dua tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali," ujarnya.

TAJUK-TAJUK BER

No comments:

Post a Comment