Wednesday, January 5, 2011

Ruangan Cari Teman

Dirogol kenalan dari ruangan cari teman

KUALA LUMPUR 4 Jan. - Perkenalan seorang gadis berusia 15 tahun dengan seorang lelaki menerusi ruangan mencari kenalan sebuah majalah membawa padah kepadanya apabila dia menjadi mangsa rogol suspek.

Sejak berkenalan beberapa bulan lalu, mereka dikatakan kerap berjumpa untuk keluar makan sebelum suspek yang berusia 37 tahun itu mengajak mangsa ke hotel di sekitar ibu negara.

Difahamkan, suspek dan gadis itu dipercayai melakukan perbuatan itu sebanyak empat kali iaitu setiap kali membuat pertemuan di hotel di ibu negara.

Lebih malang apabila suspek mengugut pula mangsa untuk menyebarkan gambar bogelnya jika enggan meminjamkannya wang RM1,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, bimbang dengan ancaman itu, mangsa membuat laporan polis kelmarin.

Katanya, suspek ditahan di Jalan Imbi di sini, kira-kira pukul 3 petang.

"Suspek ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam pada itu, Chin Wah memberitahu, pihaknya turut menahan seorang pemandu teksi yang dipercayai mencabul seorang pelanggan wanita, semalam.

Katanya, mangsa yang berusia 20-an itu dikatakan menaiki teksi terbabit dari Bangsar sebelum lelaki tersebut membawanya berjalan-jalan dan makan.

"Suspek bagaimanapun bertindak liar apabila cuba meraba-raba badan mangsa ketika berada di dalam teksi itu.

"Ekoran itu, kami menangkap suspek yang berusia 37 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan," katanya.

TAJUK-T

No comments:

Post a Comment