Saturday, December 11, 2010

Bahaya Tayar Lebar

KESALAHAN PENGGUNAAN TAYAR

SAYA berasa terpanggil untuk menulis mengenai pengunaan tayar oleh kebanyakan pemilik dan pemandu di Malaysia dan kaitannya dengan kadar kemalangan yang saya anggap cukup menakutkan.

Boleh dikatakan setiap hari berlaku kemalangan yang meragut banyak nyawa pemandu, isteri, ibu, ayah dan anak-anak yang ada bersama ketika kemalangan.

Saya telah membuat pengamatan terhadap perkara ini dengan agak lama dan mendapati kemalangan kemalangan ini sebenarnya memang boleh dielakkan. Saya mendapati kebanyakan kenderaan terutamanya kereta dan MPV di negara ini menggunakan tayar yang lebih besar daripada spesifikasi kilang.

Jika tidak percaya, boleh lihat di jalan raya kita. Hampir lapan daripada 10 kereta menggunakan tayar yang lebar, yang kononnya lebih mencengkam jalan dengan baik. Tahukah saudara bahawa ini adalah tidak betul secara keseluruhannya.

Penggunaan tayar lebar adalah sangat merbahaya jika ia melebihi spesifikasi kilang. Ramai yang berpandangan bahawa tayar yang lebar akan 'menggigit' jalan dengan baik. Tidak sama sekali di waktu hujan. Tayar yang kecil adalah lebih baik di atas jalan dan permukaan yang basah. Tayar yang lebar akan terapung di permukaan air dan menyebabkan hilang kawalan dan kuasa brek kereta. Dalam bahasa Inggeris di sebut Aquaplaning atau Hydroplaning.

Mungkin inilah punca banyak kemalangan di negara ini yang disebabkan hilang kawalan dan bertembung dengan lori, bas, pokok, pembahagi jalan dan sebagainya. Pengguna kenderaan janganlah terpesona dengan diskaun oleh penjual tayar untuk menjual tayar mereka. Jadilah pemandu yang berilmu dan selamat demi keselamatan diri dan keluarga dan pengguna lain. Pihak berwajib pula buatlah kajian terperinci mengenai perkara ini.

SYED ISLAM SHAHAJAM

Kem Kementah, Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment