Wednesday, December 15, 2010

Selamatkan Anak


Ibu gadai nyawa selamatkan anak

Oleh YATIMIN ABDULLAH
berita@kosmo.com.my

HARMA menunjukkan lokasi Muhd. Fikri yang lemas di tali air Kampung Bechah Landak, Pasir Mas semalam.

PASIR MAS - Seorang ibu sanggup menggadai nyawa dengan terjun ke dalam tali air untuk menyelamat anak lelakinya berusia 11 tahun yang lemas selepas terjatuh ketika memancing di Kampung Bechah Landak, Bunut Susu di sini kelmarin.

Dalam kejadian pukul 5.30 petang itu, mangsa Muhd. Fikri Abdullah dikatakan terjatuh selepas keluar memancing bersama dua adik-beradiknya di kawasan tali air kira-kira 300 meter dari rumah mereka.

Ibu mangsa, Zainab Ariffin, 50, berkata, dia mengetahui kejadian itu selepas anak perempuannya, Harma Abdullah, 35, memberitahu Muhd. Fikri telah hilang dipercayai terjatuh.

"Selepas mendengar perkara itu, saya terus berlari ke tali air dan memberanikan diri terjun ke dalamnya kerana yakin Muhd. Fikri masih hidup," katanya di sini semalam.

No comments:

Post a Comment