Artikel ini hanyalah copy and paste dari website akhbar tempatan ataupun dari website individu. Semua kisah misteri, luar biasa , lucu dari dalam dan luar negeri akan dikumpulkan dalam blog ni. Harap anda terhibur dari segala macam ragam manusia.
Monday, December 20, 2010
WikiLeaks
Kubu fail WikiLeaks
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
CANGGIH... pintu masuk ke kemudahan simpanan data komputer keselamatan tinggi Pionen.
CANGGIH... pintu masuk ke kemudahan simpanan data komputer keselamatan tinggi Pionen.
DENGAN kehidupan peribadinya yang aneh serta penuh misteri, pengasas WikiLeaks, Julian Assange kelihatan seolah-olah berusaha sedaya upaya untuk berlagak seperti penyangak dalam filem James Bond.
Tidak hairan dia memilih apa yang dilihat seperti set dalam filem 007 sebagai tempat simpanan sokongan beribu-ribu e-mel dan dokumen sulit yang sudah menggegarkan dunia.
Gambar ini menunjukkan pusat data Pionen, 33 meter di bawah tanah dalam bekas kubu nuklear Perang Dingin, tempat semua fail WikiLeaks disimpan.
sebelum selepas
* Foto
PUSAT SARAF... pelayan super yang bertindak sebagai tempat penyimpanan data.
* Foto
HEBAT... kubu di bawah Taman Vita Berg boleh menahan serangan nuklear.
* Foto
PENUH MISTERI... Assange serah diri kepada polis Britain.
Gua besar itu, yang dibuat dengan menggerudi granit di bawah Taman Vita Berg di Stockholm, menempatkan berpuluh-puluh pelayan komputer yang digunakan sebagai tempat penyimpanan data oleh banyak syarikat.
Ia dilengkap dengan bilik persidangan terapung, koridor kaca tergantung, lantai dengan lanskap permukaan bulan, perabot mahal dan juga enjin U-boat Jerman yang menarik yang dijadikan generator sokongan.
Kubu bawah tanah yang tidak digunakan itu dibuka semula pada 2008 dengan reka bentuk futuristik yang dihasilkan oleh arkitek Sweden, Albert France-Lanord. Dia mendapat ilham daripada set filem James Bond rekaan Sir Kenneth Adams.
Reka bentuk brutal itu bagaimanapun dilembutkan dengan tanaman pokok yang dipelihara menggunakan tenaga solar dan air terjun tiruan.
Ketika mengelak daripada ditangkap oleh pihak berkuasa Sweden dan Amerika Syarikat, Assange terpaksa menggunakan pangkalan selamat ini untuk menyimpan failnya.
Click Here
WikiLeaks menggunakan hos peruncit Internet, Amazon, tetapi disingkirkan daripada laman webnya berikutan tekanan hebat daripada ahli politik Amerika Syarikat.
Assange kemudian menggunakan sebuah syarikat Perancis sebelum turut diusir dari situ.
Berikutan itu, ia menggunakan beberapa ‘nama domain’ di berpuluh-puluh negara dengan setiap satu berkait dengan domain yang menyimpan salinan asal fail itu.
Assange menggunakan Sweden sebagai pangkalannya kerana undang-undang negara itu antara yang terbaik di dunia dalam melindungi hasil kerja aktivis kebebasan bersuara.
Menurut undang-undang Sweden, WikiLeaks tidak boleh didakwa, termasuk mereka yang mendedahkan maklumatnya.
WikiLeaks dibiayai oleh pelbagai sumbangan awam, dengan bantuan penaung Assange yang kaya dan seperti yang boleh diagak oleh orang ramai, serba sedikit daripada Assange sendiri.
Bagaimanapun, kos penyimpanan data itu sungguh kecil kerana, mesikpun Assange dan petugasnya sudah mendedahkan beberapa juta dokumen, daripada segi terma data, ia bukan jumlah besar.
Segala apa yang dimiliki oleh Wikileaks mungkin disimpan dalam jalur ingatan berkapasiti tinggi.
Dengan memiliki pangkalan seperti ini, ia sudah pasti memenuhi ego besar Assange.
Namun, lelaki warga Australia itu akhirnya terpaksa tunduk dengan tekanan Amerika Syarikat apabila dia menyerah diri kepada polis Britain, Selasa lalu.
Sehingga ini, mahkamah Britain enggan membenarkan dia diikat jamin sebelum menghadapi perbicaraan ekstradisi ke Sweden bermula Rabu ini.
Assange menghadapi tuduhan rogol di negara itu tetapi menurut peguamnya, lelaki itu yakin namanya akan dibersihkan melalui perbicaraan berkenaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment