Artikel ini hanyalah copy and paste dari website akhbar tempatan ataupun dari website individu. Semua kisah misteri, luar biasa , lucu dari dalam dan luar negeri akan dikumpulkan dalam blog ni. Harap anda terhibur dari segala macam ragam manusia.
Thursday, December 2, 2010
Pesta
PATI Myanmar leka berpesta seks diserbu
Gadis Myanmar bersama seorang daripada tiga lelaki ditahan penguat kuasa semasa berpesta seks di sebuah pangsapuri di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 1 Dis. - Tiga lelaki dan seorang gadis warga Myanmar yang sedang asyik berpesta seks hanya mampu tergamam apabila sepasukan anggota penguat kuasa menyerbu masuk ke pangsapuri mereka di Bukit Bintang di sini malam tadi.
Keempat-empat mereka yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri berada dalam keadaan mabuk dan sedang melakukan hubungan seks beramai-ramai apabila sepasukan anggota penguat kuasa Imigresen bersama Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) menyerbu pangsapuri didiami mereka.
Jurucakap Imigresen memberitahu, operasi bermula pukul 12.30 tengah malam tadi sehingga 2.30 pagi ini disertai 100 anggota penguat kuasa itu bertujuan mengesan pendatang asing tanpa izin (PATI) di kawasan Bukit Bintang.
"Dalam serbuan di sebuah pangsapuri di situ, kami terserempak dengan tiga lelaki warga Myanmar sedang bergilir-gilir memuaskan nafsu dengan gadis senegara berusia lingkungan 20-an.
"Mereka yang sedang mabuk langsung tidak menyedari rumah terbabit diserbu sehinggalah dikejutkan oleh pegawai penguat kuasa agar bangkit dan memakai pakaian," katanya ketika ditemui, di sini hari ini.
Beliau berkata, pemeriksaan pihaknya mendapati kawasan pangsapuri berkenaan adalah lokasi penempatan beratus warga asing yang menyewa beramai-ramai mencecah hampir 15 orang bagi setiap unit kediaman.
Semasa serbuan, katanya, kebanyakan penghuni yang nyenyak tidur langsung tidak menyedari kawasan pangsapuri terbabit dikepung pihak berkuasa.
Namun sebaik beberapa rumah diserbu, kira-kira 30 penghuni termasuk kanak-kanak berusia setahun melarikan diri dan bersembunyi dengan mengambil risiko berdiri tepi dinding di tingkat atas bangunan.
"Ada juga PATI ditemui bersembunyi dalam almari pakaian, siling dan memanjat keluar ke balkoni," katanya.
Berdasarkan pemeriksaan, katanya, kebanyakan warga asing yang dicekup tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan ada memberi alasan mereka adalah pelarian perang Myanmar dengan menunjukkan kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR).
Namun, ujarnya, kebanyakan kad terbabit didapati palsu.
Keseluruhannya, kata beliau, seramai 30 lelaki warga Bangladesh, 62 Myanmar, enam India dan lima Nepal yang tidak mempunyai dokumen perjalanan sah ditahan dalam serbuan tersebut.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment