Artikel ini hanyalah copy and paste dari website akhbar tempatan ataupun dari website individu. Semua kisah misteri, luar biasa , lucu dari dalam dan luar negeri akan dikumpulkan dalam blog ni. Harap anda terhibur dari segala macam ragam manusia.
Monday, December 6, 2010
Wali
Bekas guru sambilan cari bapa kandung jadi wali nikah
Norhalilina Zuklifli (belakang) bersama Yunos Ahmad, Fatimah Mansur dan Sarimah Hashim (kanan) di Maran, Temerloh, semalam.
TEMERLOH 5 Dis. - Seorang bekas guru sambilan ingin mencari bapa kandungnya yang terpisah sejak dia dilahirkan 26 tahun lalu untuk menjadi wali pernikahannya yang akan berlangsung pada Mac tahun depan.
Norhalilina Zulkifli, 26, yang kini menetap di Felda Jengka 6, Bandar Jengka, Maran dibesarkan oleh bapa dan ibu angkatnya, Yunos Ahmad, 60, dan Fatimah Mansur, 61, sejak dilahirkan.
Norhalilina yang berkelulusan jurusan Sains Kemasyarakatan dari Universiti Sains Malaysia (USM) memberitahu, dia dan keluarga angkatnya tidak tahu di mana bapa kandungnya, Zulkifli Mohamad berada pada masa ini.
''Saya dimaklumkan oleh ibu kandung saya, Sarimah Hashim, 46, bahawa bapa saya adalah bekas tentera dan berasal dari Sarawak.
''Emak saya sendiri tidak tahu di mana bekas suaminya itu tinggal sekarang dan saya difahamkan mereka telah berpisah sejak saya lahir dan selepas itu saya diserahkan kepada keluarga angkat yang membesarkan saya sehingga kini," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini.
Sementara itu, menceritakan kejadian 26 tahun lalu, Yunos memberitahu, Norhalilina diserahkan oleh seorang rakannya yang juga tinggal di Felda Jengka 6 ketika masih bayi memandangkan dia dan isterinya tidak mempunyai anak.
''Tidak cukup tapak tangan, nyiru saya tadahkan, itulah ibarat pepatah Melayu yang menggambarkan perasaan gembira saya menerima bayi tersebut untuk dibesarkan seperti anak kandung sendiri.
''Mungkin sudah suratan takdir, baru-baru ini ibu kandung Norhalilina datang ke rumah rakan saya yang pernah menyerahkan bayi tersebut tetapi tidak dapat bertemu kerana dia telah meninggal dunia," katanya.
Bagaimanapun, menurutnya, Sarimah meninggal nombor telefonnya kepada anak rakannya itu.
''Anak rakan saya itu telah menyerahkan nombor telefon itu kepada saya dan berdasarkan nombor tersebut, saya berjaya menghubungi Sarimah yang kini bekerja dan tinggal di Kuala Lumpur," katanya.
Menurut Yunos, Sarimah yang datang ke rumahnya untuk bertemu Norhalilina baru-baru ini memaklumkan dia telah berpisah dengan suaminya selepas anak itu lahir dan diserahkan kepadanya 26 tahun lalu.
Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai Zulkifli Mohamad diminta menghubungi Norhalilina menerusi telefon bimbitnya 019-9765672.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment