Tuesday, December 7, 2010

Ajar Sex

Syor pendidikan seks tahun 4

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanpahang@utusan.com.my
KUANTAN 6 Dis. – Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGGMMB) tidak bersetuju dengan keputusan Kementerian Pelajaran supaya subjek pendidikan seks diajar seawal tahun satu di sekolah mulai tahun depan.

Presiden KGMMB, Mohamed Sabri Mohd. Arsad berkata, sebaliknya, pihaknya mengesyorkan supaya pendidikan itu diajar bermula tahun empat selepas murid-murid menguasai aspek membaca menulis dan mengira (3M) dengan baik.

Menurut beliau, pada usia tersebut, murid-murid boleh berfikir dan membezakan yang baik dan buruk serta memikirkan kesan akibat sesuatu perlakuan.

‘‘Pada usia ini, mereka telah masuk usia pramatang terutama bagi anak-anak perempuan.

‘‘Penumpuan kepada subjek yang diajar akan lebih fokus kerana telah wujud perasaan ingin tahu dan mencuba sesuatu yang diajar, dilihat atau didengar,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas keputusan Kementerian Pelajaran baru-baru ini yang mengumumkan subjek pendidikan seks akan diajar seawal tahun satu melalui pendidikan jasmani dan kesihatan mulai tahun depan.

Mengulas lanjut, Mohamed Sabri berkata, pihaknya juga kurang bersetuju jika pendidikan seks diajar melalui pendidikan jasmani dan kesihatan.

Sebaliknya, beliau mencadangkan pendidikan seks sewajarnya diajar menerusi pendidikan Islam bagi pelajar Islam dan dalam Pendidikan Moral bagi pelajar bukan Islam.

‘‘Pendidikan seks perlu dikaitkan dengan pendidikan agama dan moral bangsa kita supaya apa yang diajar tidak tersasar daripada tujuannya dalam kurikulum sekolah,‘‘ jelasnya.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

No comments:

Post a Comment