Artikel ini hanyalah copy and paste dari website akhbar tempatan ataupun dari website individu. Semua kisah misteri, luar biasa , lucu dari dalam dan luar negeri akan dikumpulkan dalam blog ni. Harap anda terhibur dari segala macam ragam manusia.
Thursday, December 2, 2010
Phone Mahal Harga Terendah
Beratur 12 jam demi Torch RM8
ANDREW J. PAN merupakan pelanggan bertuah membeli Blackberry Torch 9800 pada harga RM8.
DUNIA teknologi yang serba canggih hari ini menyaksikan lebih banyak pengguna berubah kepada telefon pintar untuk menikmati kemudahan yang ditawarkan peranti berteknologi tinggi itu.
Ini terbukti apabila Celcom Axiata Bhd. (Celcom) melancarkan telefon pintar BlackBerry Torch 9800 baru di La Bodega, Pavillion, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menariknya semasa pelancaran tersebut, peminat telefon pintar itu sanggup berbaris panjang meredah panas dan hujan semata-mata ingin menikmati promosi yang ditawarkan Celcom.
Sempena pelancaran itu, Celcom menawarkan 10 pelanggan pertamanya keistimewaan membeli BlackBerry Torch 9800 pada harga RM8, 100 pelanggan seterusnya pada harga RM488 dan 100 pelanggan berikutnya pada harga RM888.
Pada harga runcit RM2,500, telefon pintar itu boleh dibeli di seluruh negara bermula 3 November lalu di premis Blue Cube terpilih dengan tiga pakej talian telefon iaitu RM250, RM148 dan RM118.
Pok Jin (empat dari kanan) dan Zalman Aefendy (kanan) bersama pelanggan-pelanggan bertuah memiliki Torch 9800.
Ketua Pegawai Pemasaran Celcom, Chee Pok Jin, berkata, syarikat berkenaan mensasarkan jualan 10,000 unit BlackBerry Torch 9800 menjelang akhir bulan ini.
"Celcom yakin model terbaru Blackberry ini akan mendapat sambutan menggalakkan terutamanya daripada generasi muda.
"BlackBerry merupakan peranti mudah alih yang semakin menjadi trend pada waktu ini khususnya bagi mereka yang gemarkan perkhidmatan rangkaian sosial seperti Facebook, Twitter dan beberapa lagi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan BlackBerry Torch 9800 di La Bodega, Pavillion, Kuala Lumpur baru-baru ini. Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Pemasaran Celcom, Zalman Aefendy Zainal Abidin.
Sementara itu, Zalman Aefendy menambah, pelanggan pertama yang bertuah membeli BlackBerry Torch pada harga RM8 telah berbaris sejak pukul 2.45 pagi lagi.
"Bilangan pelanggan yang berbaris untuk tawaran menarik itu terus meningkat selepas pukul 7 pagi," katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment