Jalan sesak pemandu tertidur
KOTA BHARU: Suasana di Jalan Kuala Krai, di sini, semalam, gempar seketika apabila seorang lelaki berusia 30-an tidak sedarkan diri hampir setengah jam dalam kenderaannya ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, lelaki yang memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Rexton itu tidak sedarkan diri menyebabkan laluan di jalan berkenaan sesak sepanjang hampir satu kilometer.
Kejadian itu menimbulkan panik di kalangan orang ramai yang berusaha membantu mengeluarkan lelaki terbabit dari keretanya, namun tidak berjaya.
Mereka menghubungi ambulans yang tiba tidak lama selepas itu kerana bimbangkan keadaan lelaki terbabit.
Orang ramai yang melihat keadaan itu berusaha mengejutkan lelaki terbabit dengan mengetuk cermin kenderaan berkenaan berkali-kali, tetapi gagal. Beberapa minit kemudian, lelaki terbabit yang enggan dikenali itu tiba-tiba menurunkan tingkap kenderaannya sambil memohon maaf kerana tertidur sebelum beredar dari situ.
No comments:
Post a Comment